Friday
Berhenti Gomen
yup, ini larr yang aku lakukan sekarang.. bodoh!! ntah.. tapi ini la yang berlaku kepada aku sekarang, adakah aku menyesal berhenti gomen? tidak, aku tidak menyesal, yang aku menyesalkan adalah aku perlu berhenti kerja lama, yang mempunyai benefit lebih baik.. kenapa aku berhenti? sebab persekitaran kerja yang memuntahkan aku, kenapa? sebab ada mereka yang perlu aku tunduk sedangkan kerja adalah sama, skop kerja yang berbeza sedangkan aku masuk sebagai engineering tp kenapa kerja aku berbeza, dimana peningkatan kerjaya yang akan berlaku..???
bila aku mohon untuk berhenti ada yang bersuara, aku tidak akan dapat kerja yang lebih baik dari gomen, tp orang tu lupa, rezeki allah luas, sekarang aku dapat kerja di tempat yang okay tapi perasaan marah masih bersisa, adakah aku yang tidak layak bekerja dalam gomen, sedangkan semua orang berlumba-lumba untuk bekerja dalam gomen, malah dikatakan kerja gomen la yang paling mudah, tapi kenapa aku tidak boleh kekal?
adakah aku yang mudah mengalah, adakah sikap aku yang menyukarkan urusan aku untuk kekal dalam gomen?? parent mengatakan aku melepaskan rezeki yang terbaik, tapi adakah terbaik untuk aku? adakah betul aku bodoh meninggalkan kerja gomen? bodohkah aku?
atau aku sendiri merasa menyesal berhenti? sedangkan gaji sekarang 2 kali ganda dari gomen, adakah aku marah dengan persepsi mereka yang mengatakan berhenti gomen adalah perkara paling bodoh dalam hidup aku? bagaimana ingin aku terangkan, 6 bulan aku dalam gomen, aku tiada ketenangan, malah aku jadi agresif dan cepat marah, sebab aku benci bila aku terpaksa membuat kerja yang bukan bawah kemahiran aku, adakah aku ego? adakah aku yang merasakan sombong? tidak... aku tidak merasakan begitu
Tidak berjaya kah aku, selepas ini....
Posted by dhah at 1:33 AM 0 comments
Sudah Lama Menghilang, Kini Muncul Kembali
Hai, sudah lama aku tak ber 'blog'... last adalah tahun 2009. masa nie aku masih
student, sekarang dah emak orang. dari tahun 2009 sehingga 2022, tak tahu la,
macam-macam dugaan yang dihadapi, sampai tak tahu apa lagi yang akan mendatang.
bila tengok balik blog lama-lama nie, hmm.. memang tak matang masa tu. 3 benda yang aku suka tu, masa 2009 budak tak matang, tak hadap dunia lagi, tapi bila dah 2022 nie, benda yang paling aku suka adalah ketenangan. ya ketenangan!! nie yang tak boleh diperolehi bila dah makin berusia, sebab apa? sebab dibebankan dengan kerja, masalah dan pelbagai benda yang perlu difikirkan.
masa nie la baru faham,bila orang cakap zaman belajar, adalah zaman yang paling menarik sekali, paling tenang sekali. tapi bersyukur itu pasti, cuma memikirkan kepeningan ini, itu yang menyukarkan...
bila tengok balik blog lama-lama nie, hmm.. memang tak matang masa tu. 3 benda yang aku suka tu, masa 2009 budak tak matang, tak hadap dunia lagi, tapi bila dah 2022 nie, benda yang paling aku suka adalah ketenangan. ya ketenangan!! nie yang tak boleh diperolehi bila dah makin berusia, sebab apa? sebab dibebankan dengan kerja, masalah dan pelbagai benda yang perlu difikirkan.
masa nie la baru faham,bila orang cakap zaman belajar, adalah zaman yang paling menarik sekali, paling tenang sekali. tapi bersyukur itu pasti, cuma memikirkan kepeningan ini, itu yang menyukarkan...
Labels: tenang matang
Posted by dhah at 1:11 AM 0 comments
Thursday
sElaMat Hari Raya Haji Ya...
Baru-baru ini pada hari raya yang ke dua, maka tersebutlah cerita ini… Seorang wakil rakyat dari parlimen Pekan mengajak Pak Batin dari perkampungan orang asli yang berdekatan…
Wakil Rakyat: Saya nak ajak Tok pi majlis Hari Raya Terbuka TPM kita
Tok Batin: Aikk… tak mahu la
Wakil Rakyat: Kenapa lak… setahun sekali je dapat peluang ni…
Tok Batin: Tok tak pernah pergi ke majlis besar-besar macam ni
Wakil Rakyat: Tak ape Tok… Tok ikut saya je… duduk sebelah saya
Tok Batin: Ehhh segan la… pe nak pakai? makan pe ada?
Wakil Rakyat: Pe nak segan.. Tok duduk sebelah saya.. kalu nak pakai, pakai pe saja… bab makan… peh.. memang sedap
Tok Batin: Kalu macam tu tak pe la… Tok ikut, tapi dengan syarat..
Wakil Rakyat: Pe syaratnya?
Tok Batin: Kamu kena makan pelan-pelan dan duduk sebelah Tok ya?
Wakil Rakyat: Tak de hal Tok… Tok ikut aje apa yang saya makan… apa yang saya makan, Tok makan ya…
Tok Batin: Haaa… macam tu la…
Dipendekkan cerita, acara makan minum pun bermula. Tok Batin ikut aje apa wakil rakyat itu makan…. Bila tiba makan satey, wakil rakyat bergurau…
Wakil Rakyat: Tok… makan daging nye aje… kayu pencucuk jangan makan…
Tok Batin: ya.. ya
Habis makan, wakil rakyat tu terasa tersekat sesuatu kat gigi, maka diambilnya kayu sugi lalu dicongkelnya daging yang terlekat di gigi. Bagi menghormati majlis maka satu tangan pegang kayu penyongkel, lagi satu tangan tutup mulut. Tok Batin pun buat yang sama! Dia ikut apa yang wakil rakyatnya buat, dari mula hingga habis
Dalam perjalanan balik (hantar semula Tok Batin) ke perkampungan orang asli, maka ditanyanya kelazatan juadah yang dihidangkan
Wakil Rakyat: Amacam Tok… sedap tak makanan tadi…
Tok Batin: Woooo sedapppppppp… tak penah merasa sesedap itu sebelum ni… lain kali ajak la lagi…. tapi kan… kayu yang terakhir tu TAWAR sikit… kayu macam tu pun depa hidangkan ya?
Wakil Rakyat: Tok makan ke kayu tu?
Tok Batin: Ye la… Tok nampak kamu makan…
Wakil Rakyat: Tawar ye? depa lupa taruk garam kot… (dalam hati… he he…)
Posted by dhah at 3:04 AM 0 comments
Tuesday
Monday
ego...
Kenapa boleh timbulnya kebencian dalam persahabatan??
Pernahkah kita merasa perasaan benci, perasaan dendam, perasaan menyampah, perasaan itu dan perasaan ini di dalam sesebuah persahabatan.kadang-kadang perasaan ini menyebabkan kita berfikir kenapa timbul perasaan ini??
Perasaan sayang,perasaan kasih, perasaan minat, perasaan untuk mengenali yang boleh dikatakan perasaan untuk bercinta. Kadang-kadang perasaan sebegini menyebabkan kita kehilangan persahabatan.
Kerana perasaan marah kita pada sesuatu kita mengabaikan sesuatu yang lebih penting. Malah kita menghukum seseorang yang tidak berdosa. Kita menghukum orang lain kerana kesalahan orang lain.malah aku sendiri menjadi seseorang yang lebih berhati-hati kerana sahabat yang tidak bertanggungjawab.
Ape yang telah kau lakukan cukup lah sekadar ini.putus sahabat pun putus arr. Aku tak kisah.
Kadangkala kerana perasaan marah ini kita lupa perasaan kemaafan. Kerana dendam juga lupa perasaan keampunan. Dan aku bukan sahabat yang mudah memaafkan kesilapan orang lain, aku tidak boleh menerima kesilapan dan orang alin. Dan ini menyebabkan aku menjadi seseorang yang ego dalam kehidupan.
Posted by dhah at 6:49 PM 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)




