Thursday

sElaMat Hari Raya Haji Ya...


Baru-baru ini pada hari raya yang ke dua, maka tersebutlah cerita ini… Seorang wakil rakyat dari parlimen Pekan mengajak Pak Batin dari perkampungan orang asli yang berdekatan…


Wakil Rakyat: Saya nak ajak Tok pi majlis Hari Raya Terbuka TPM kita
Tok Batin: Aikk… tak mahu la
Wakil Rakyat: Kenapa lak… setahun sekali je dapat peluang ni…
Tok Batin: Tok tak pernah pergi ke majlis besar-besar macam ni
Wakil Rakyat: Tak ape Tok… Tok ikut saya je… duduk sebelah saya
Tok Batin: Ehhh segan la… pe nak pakai? makan pe ada?
Wakil Rakyat: Pe nak segan.. Tok duduk sebelah saya.. kalu nak pakai, pakai pe saja… bab makan… peh.. memang sedap
Tok Batin: Kalu macam tu tak pe la… Tok ikut, tapi dengan syarat..
Wakil Rakyat: Pe syaratnya?
Tok Batin: Kamu kena makan pelan-pelan dan duduk sebelah Tok ya?
Wakil Rakyat: Tak de hal Tok… Tok ikut aje apa yang saya makan… apa yang saya makan, Tok makan ya…
Tok Batin: Haaa… macam tu la…


Dipendekkan cerita, acara makan minum pun bermula. Tok Batin ikut aje apa wakil rakyat itu makan…. Bila tiba makan satey, wakil rakyat bergurau…


Wakil Rakyat: Tok… makan daging nye aje… kayu pencucuk jangan makan…
Tok Batin: ya.. ya


Habis makan, wakil rakyat tu terasa tersekat sesuatu kat gigi, maka diambilnya kayu sugi lalu dicongkelnya daging yang terlekat di gigi. Bagi menghormati majlis maka satu tangan pegang kayu penyongkel, lagi satu tangan tutup mulut. Tok Batin pun buat yang sama! Dia ikut apa yang wakil rakyatnya buat, dari mula hingga habis


Dalam perjalanan balik (hantar semula Tok Batin) ke perkampungan orang asli, maka ditanyanya kelazatan juadah yang dihidangkan


Wakil Rakyat: Amacam Tok… sedap tak makanan tadi…
Tok Batin: Woooo sedapppppppp… tak penah merasa sesedap itu sebelum ni… lain kali ajak la lagi…. tapi kan… kayu yang terakhir tu TAWAR sikit… kayu macam tu pun depa hidangkan ya?
Wakil Rakyat: Tok makan ke kayu tu?
Tok Batin: Ye la… Tok nampak kamu makan…
Wakil Rakyat: Tawar ye? depa lupa taruk garam kot… (dalam hati… he he…)

Tuesday

Monday

ego...




Kenapa boleh timbulnya kebencian dalam persahabatan??




Pernahkah kita merasa perasaan benci, perasaan dendam, perasaan menyampah, perasaan itu dan perasaan ini di dalam sesebuah persahabatan.kadang-kadang perasaan ini menyebabkan kita berfikir kenapa timbul perasaan ini??



Perasaan sayang,perasaan kasih, perasaan minat, perasaan untuk mengenali yang boleh dikatakan perasaan untuk bercinta. Kadang-kadang perasaan sebegini menyebabkan kita kehilangan persahabatan.



Kerana perasaan marah kita pada sesuatu kita mengabaikan sesuatu yang lebih penting. Malah kita menghukum seseorang yang tidak berdosa. Kita menghukum orang lain kerana kesalahan orang lain.malah aku sendiri menjadi seseorang yang lebih berhati-hati kerana sahabat yang tidak bertanggungjawab.



Ape yang telah kau lakukan cukup lah sekadar ini.putus sahabat pun putus arr. Aku tak kisah.



Kadangkala kerana perasaan marah ini kita lupa perasaan kemaafan. Kerana dendam juga lupa perasaan keampunan. Dan aku bukan sahabat yang mudah memaafkan kesilapan orang lain, aku tidak boleh menerima kesilapan dan orang alin. Dan ini menyebabkan aku menjadi seseorang yang ego dalam kehidupan.

aKu benCi mulut Itu


dalam sebuah kelas yang aman damai dan penuh dengan warna-warni kehidupan aku tidak sangka terdapat mulut yang tidak reti untuk tutup. mulut yang tidak reti dosa dan terus berkata-kata. terus mereka cerita dan akhirnya rekaan cerita sampai ke pengetahuan aku.aku pula lagi suka mendiamkan diri malas nak membuka cerita yang benar.dan akhirnya aku juga yang tertekan.hmm.. itulah persahabatan..kadang-kadang aku pun tak faham. hmm.. tapi masalahnya sampai sekarang pun masih nak bersuara,agaknya nak tunggu aku mengamuk baru nak tutup mulut.. dah larr tue reka citer tipu pula. kononnya aku suka die.. hmm.. ntah arr.. biar arr janji dia happy..



saje saje jerr

pehhh.. ak dah bosan sangat niee.. dah tak tahu nak wat perr.. terasa macam nak telan orang pun ada.
hmm, sebut pasal kebosanan. bila kita bosan, kite mesti wat keje yang bukan2 kan.. huhuhu
kalo ak mula larr dok kaco orang. habis semua orang ak kaco.. huhuhu sampai kena marah. tapi tue larr kalo kebosanan. tapi ak suka kalo bosan dok berborak ngan member atau ngan mak ak. best..seronok..
mula larr semua bende di ngumpatkan. dari yang betul kepada larr yang tak betul. kadang-kadang saje jerr reka cerita yang tak patut.huhu nak jadikan cerita lagi hangat.. dosa yang ak dapat pun boleh bertambah hangat tauu.. hehehe tapi tue larr susah arr nak cakap. hmm...

Kebenaran mengenai Sahabat..


  • apa yang kita alami demi sahabat,kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuatkan nilai persahabatan indah
  • persahabatan sering berhadapan dengan dugaan, tetapi persahabatan yang sejati boleh mengatasi dugaan bersama dengannya.
  • seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk mengelakkan perselisihan, tetapi memberanikan diri untuk menegur demi sahabat.
  • semasa berjaya, teman-teman mengenali kita tetapi apabila kita dalam kesusahan kita mengenali teman-teman.

carilah sahabat yang sejati..


CiRi-CiRi sahabat yang BAIK..
  • jika engkau berbakti kepadanya,dia akan melindungi engkau.
  • jika engkau rapatkan persahabatan kepadanya, dia akan membalas persahabatan engkau.
  • jika engaku memerlukan pertolongan dia akan menolongnya
  • jika engkau menghulurkan kebaikan, dia akan menerima dengan baik.
  • jika dia mendapat sesuatu bantuan dari kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kemu.
  • jika dia melihat sesuatu yang tidak baik dari kamu, dia akan menutupnya.
  • jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • jika engkau berdiam diri,dia akan menanya kesusahan kamu.
  • juka datang bencana menimpa dirimu,dia akan meringankannya.
  • jika engaku merancang sesuatu,dia akan membantu kamu.
  • jika kamu berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga persahabatan kamu.


SAHABAT yang harus DITINGGALKAN
  • Sahabat yang tamak :- ia hanya memberi sedikit, tetapi meminta banyak dan hanya mementingkan diri sendiri
  • Sahabat hipokrit :- berusaha mendapatkan simpati, tetapi apabila kamu meminta bantuan dia berusaha mengelak.
  • Sahabat pengampu :- dia bersetuju dengan semua yang kamu lakukan samaada betul atau salah,di hadapat dia memuji mu tetapi di belakang mu dia mengutuk mu.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan :- dia suka bersahabat dengan mu kerana kamu suka berpesta, berkeliaran dan melepak.


Sunday

kecantikan alam..



comel monyet nie..


if life is a game,
i wish u will win.

if life is a journey,
i wish u will walk on roses.

if life is rainbow,
i wish u will always have the brighnest days.

if life is a joy,
i wish u always smile.

may every day brings u happiness
and
peace in you heart..



special for :-
qhai,yana,nori,susan,yani,ateh, along,dilla...

kembalilah...


kita berbeza warna,
berbeza saiz,
berbeza dalam percakapan,
namun apabila kita dipertemukan,
kau lah sahabat,
yang memahami aku nie..


namun aku tak sangka,
hanya kerana salah faham,
kau pergi meninggalkan aku,
terkapai-kapai dalam
persahabatan yang tidak pasti.


percayalah,
aku masih disini,
menanti kau yang jauh pergi...

Thursday

beza antara dua

 

Beza Cinta, Sayang, Minat Dan Suka

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )





walaupun asyik dibuli tapi kadang-kadang eorang
nie tetap berkawan. sebenarnya pada zaman yang serba moden ini
semuanya penting.. so.. sebagai sahabat perlulah
setia.. betol tak???

Rahsia Wanita vs Lelaki,
1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada
waktu malam.

2. Sperma laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi.

3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi
lelaki 2 bulan lebih lambat.

4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran saat
mengandungkan bayi lelaki daripada bayi perempuan.

5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada laki-
laki dan rata-rata berat otak laki-laki + 1,4 Kg, wanita kurang dari
itu.

6. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.

7. Basikal lelaki mempunyai palang di tengah basikal.

8. Wanita sangat menimbang-nimbang masalah dan perubahan sehari-hari
( misal : penggunaan alat baru ).

9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar,
mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan. Lebih
banyak timbunan lemak pada punggong, Laki-laki lebih banyak timbunan
lemak pada perut.

10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit
yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih
hangat.

11.lelaki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara
pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan.
Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi )
dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi
perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.



Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24 

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.


7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya


Wednesday

oren yang mengayikkan..


kecantikan matahari terbenam bagaikan menunjukkan satu panorama yang indah. yang biasanya menjadi keindahan bagi yang memerhati...