Friday
Berhenti Gomen
yup, ini larr yang aku lakukan sekarang.. bodoh!! ntah.. tapi ini la yang berlaku kepada aku sekarang, adakah aku menyesal berhenti gomen? tidak, aku tidak menyesal, yang aku menyesalkan adalah aku perlu berhenti kerja lama, yang mempunyai benefit lebih baik.. kenapa aku berhenti? sebab persekitaran kerja yang memuntahkan aku, kenapa? sebab ada mereka yang perlu aku tunduk sedangkan kerja adalah sama, skop kerja yang berbeza sedangkan aku masuk sebagai engineering tp kenapa kerja aku berbeza, dimana peningkatan kerjaya yang akan berlaku..???
bila aku mohon untuk berhenti ada yang bersuara, aku tidak akan dapat kerja yang lebih baik dari gomen, tp orang tu lupa, rezeki allah luas, sekarang aku dapat kerja di tempat yang okay tapi perasaan marah masih bersisa, adakah aku yang tidak layak bekerja dalam gomen, sedangkan semua orang berlumba-lumba untuk bekerja dalam gomen, malah dikatakan kerja gomen la yang paling mudah, tapi kenapa aku tidak boleh kekal?
adakah aku yang mudah mengalah, adakah sikap aku yang menyukarkan urusan aku untuk kekal dalam gomen?? parent mengatakan aku melepaskan rezeki yang terbaik, tapi adakah terbaik untuk aku? adakah betul aku bodoh meninggalkan kerja gomen? bodohkah aku?
atau aku sendiri merasa menyesal berhenti? sedangkan gaji sekarang 2 kali ganda dari gomen, adakah aku marah dengan persepsi mereka yang mengatakan berhenti gomen adalah perkara paling bodoh dalam hidup aku? bagaimana ingin aku terangkan, 6 bulan aku dalam gomen, aku tiada ketenangan, malah aku jadi agresif dan cepat marah, sebab aku benci bila aku terpaksa membuat kerja yang bukan bawah kemahiran aku, adakah aku ego? adakah aku yang merasakan sombong? tidak... aku tidak merasakan begitu
Tidak berjaya kah aku, selepas ini....
Posted by dhah at 1:33 AM 0 comments
Sudah Lama Menghilang, Kini Muncul Kembali
Hai, sudah lama aku tak ber 'blog'... last adalah tahun 2009. masa nie aku masih
student, sekarang dah emak orang. dari tahun 2009 sehingga 2022, tak tahu la,
macam-macam dugaan yang dihadapi, sampai tak tahu apa lagi yang akan mendatang.
bila tengok balik blog lama-lama nie, hmm.. memang tak matang masa tu. 3 benda yang aku suka tu, masa 2009 budak tak matang, tak hadap dunia lagi, tapi bila dah 2022 nie, benda yang paling aku suka adalah ketenangan. ya ketenangan!! nie yang tak boleh diperolehi bila dah makin berusia, sebab apa? sebab dibebankan dengan kerja, masalah dan pelbagai benda yang perlu difikirkan.
masa nie la baru faham,bila orang cakap zaman belajar, adalah zaman yang paling menarik sekali, paling tenang sekali. tapi bersyukur itu pasti, cuma memikirkan kepeningan ini, itu yang menyukarkan...

Labels: tenang matang
Posted by dhah at 1:11 AM 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)